09-7797618/7613/7617 konvokesyen@umk.edu.my

Sebelum Istiadat Konvokesyen

Senarai Semak / Check List

Perkara yang perlu dilakukan oleh Graduan sebelum menghadiri Istiadat Konvokesyen:
Sila klik pada ruangan YA atau TIDAK di sebelah setiap perkara untuk menandakan status semakan anda. Setelah semua perkara ditandakan, anda boleh klik butang Cetak untuk mencetak atau menyimpan senarai semak ini.

BIL PERKARA TINDAKAN
YA TIDAK
1 Telah menjelaskan bayaran yuran graduasi dan alumni melalui JomPAY (Biller Code: 33217)/ perbankan internet Bank Islam Malaysia Berhad (bankislam.biz) atau Automatic Teller Machine (ATM) Bank Islam Malaysia Berhad.

Sila bawa resit bayaran semasa mengambil pakaian konvokesyen.
2 Telah menjelaskan segala yuran pengajian atau tunggakan dengan pihak Universiti.
3 Telah membuat Pengesahan Kehadiran Graduan ke Istiadat Konvokesyen secara dalam talian:
https://capsule.umk.edu.my
4 Telah mengisi maklumat peminjaman jubah secara dalam talian di menu Graduan:
http://infosys.umk.edu.my/erobe
*Sila login menggunakan no. matrik dan kata laluan no. kad pengenalan.
5 Telah memulangkan buku Perpustakaan (sekiranya ada).
6 Telah mengisi Borang Kajian Pengesanan Graduan secara dalam talian mengikut tempoh yang ditetapkan.
7 Telah menyediakan pakaian mengikut peraturan sepertimana yang ditetapkan untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen.
8 Telah memaklumkan kepada ibu bapa / tetamu tatacara pakaian rasmi sepertimana yang ditetapkan untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen.
9 Kad masuk untuk ibu bapa / tetamu (2) orang telah dicetak, dibawa dan diserahkan kepada ibu bapa / tetamu.
10 Pas masuk kenderaan telah dicetak, dibawa dan dipamer di cermin hadapan kenderaan semasa menghadiri raptai and Istiadat Konvokesyen.