Graduan perlu memulangkan set pakaian konvokesyen sejurus selesai sidang konvokesyen graduan mengikut program masing-masing atau selewat-lewatnya sehari (1 hari) selepas sidang konvokesyen graduan (tidak termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum).
Denda kelewatan pemulangan pakaian konvokesyen akan dikenakan sebanyak RM10.00 sehari mengikut bilangan hari bekerja sekiranya graduan gagal memulangkan pakaian tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan sehinggalah ke tarikh penyerahan dibuat.