Bantuan & Panduan
Istiadat Konvokesyen UMK Ke-16 akan dijalankan secara fizikal bagi semua sidang bermula 01 November 2026 hingga 05 November 2026 (Ahad-Khamis) di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, Kelantan.
Graduan diminta untuk mematuhi tempoh pengambilan jubah pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sekiranya graduan tidak dapat hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, graduan boleh menghantar wakil untuk mengambil jubah.
Graduan hendaklah melengkapkan Borang Pembelian Jubah Graduan Universiti Malaysia Kelantan.
Hanya dua (2) orang sahaja ahli keluarga boleh memasuki dewan Istiadat Konvokesyen dengan membawa kad jemputan yang diedarkan kepada para graduan. Ibu bapa/ keluarga hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan.
Ibu bapa atau ahli keluarga boleh mengikuti siaran langsung Siaran Langsung Istiadat Konvokesyen UMK Ke-16 melalui platform media sosial rasmi Facebook (FB) Live Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi).
Graduan DIBENARKAN hadir pada majlis berkenaan walaupun bergejala. Walaubagaimanapun, bagi graduan (termasuk tetamu / keluarga) yang sah positif PENYAKIT BERJANGKIT TIDAK DIBENARKAN hadir.
Fakulti yang mempunyai bilangan graduan melebihi kapasiti ruang Dewan Tuanku Canselor akan dipecahkan kepada dua (2) sidang. Graduan akan diberikan kad jemputan berdasarkan program. Graduan hendaklah hadir pada tarikh sidang fakulti yang tertera di dalam kad jemputan tersebut
Graduan antarabangsa yang berstatus tamat pengajian / konvokesyen dan juga telah tamat tempoh pas pelajar perlu membuat permohonan pas lawatan sosial ke Malaysia melalui sistem Jabatan Imigresen Malaysia. Kelulusan adalah tertakluk kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan keperluan SOP negara masing-masing.
Para graduan TIDAK DIBENARKAN membawa sebarang jenis hadiah / cenderamata seperti jambangan bunga, patung beruang dan lain-lain masuk ke dalam Dewan Tuanku Canselor
Graduan tidak dibenarkan untuk bersalaman dengan Tuanku Canselor / Pro-Canselor / Naib Canselor dan tetamu kenamaan di atas pentas sebelum, semasa dan selepas mengambil album sijil.
Graduan TIDAK DIBENARKAN bergambar di dalam Dewan Tuanku Canselor selepas sidang graduan tamat bagi memberi laluan kepada para petugas mempersiapkan dewan bagi sidang seterusnya.
Walaubagaimanapun para graduan / ibu bapa / tetamu diminta untuk mematuhi arahan daripada petugas / pegawai keselamatan yang bertugas.
TIDAK BOLEH. Pemulangan jubah menggunakan perkhidmatan pos / kurier adalah TIDAK DIBENARKAN bagi mengelakkan berlaku kehilangan / kerosakan jubah. Walau bagaimanapun graduan boleh meminta wakil untuk memulangkan jubah.