Soalan Lazim

Sebelum Istiadat Konvokesyen
1



Adakan Istiadat Konvokesyen UMK Kali ke-13 akan diadakan secara fizikal?

YA. Istiadat Konvokesyen UMK Kali ke-13 akan dijalankan secara fizikal bagi semua sidang bermula dari 4 November 2023 hingga 7 November 2023.

2




Adakah graduan dibenarkan menukar tarikh mengambil jubah?

TIDAK DIBENARKAN. Graduan diminta untuk mematuhi tempoh pengambilan jubah pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sekiranya graduan tidak dapat hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, graduan boleh menghantar wakil untuk mengambil jubah.

3


Adakah graduan perlu membayar wang cagaran (deposit) jubah?

TIDAK PERLU.

4


Bolehkah saya membeli jubah konvokesyen saya?

BOLEHPembelian jubah boleh dibuat melalui proses yang dinyatakan dalam Portal Rasmi Konvokesyen UMK.

5


Adakah graduan dibenarkan untuk menukar jubah setelah pengesahan jubah telah dibuat?

TIDAK DIBENARKAN.

6



Adakah ibu bapa/ keluarga dibenarkan masuk ke Dewan Tuanku Canselor semasa Istiadat Konvokesyen?

DIBENARKAN. Hanya dua (2) orang sahaja ahli keluarga boleh memasuki dewan Istiadat Konvokesyen dengan membawa kad jemputan yang diedarkan kepada para graduan.

7



Adakah ibu bapa/ keluarga boleh menyaksikan Istiadat Konvokesyen secara langsung?

Ibu bapa/keluarga boleh mengikuti siaran langsung Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro-Canselor dan Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan ke-13 melalui media sosial FACEBOOK (FB) Live UMK.

8



Sekirannya saya mempunyai gejala demam, batuk atau selsema, adakan saya dibenarkan menghadiri Istiadat Konvokesyen?

YA, graduan DIBENARKAN hadir pada majlis berkenaan walaupun bergejala. Walaubagaimanapun, bagi graduan (termasuk tetamu/ keluarga) yang sah positif Covid-19 TIDAK DIBENARKAN hadir.


9






Bolehkah saya memilih tarikh sidang sekiranya fakulti bersidang untuk dua (2) hari?

TIDAK BOLEH. Fakulti yang mempunyai bilangan graduan melebihi kapasiti ruang Dewan Tuanku Canselor akan dipecahkan kepada dua (2) sidang. Graduan akan diberikan kad jemputan berdasarkan program. Graduan hendaklah hadir pada tarikh sidang fakulti yang tertera di dalam kad jemputan tersebut.


10





Adakah graduan antarabangsa yang kini berada di luar negara boleh menghadiri Istiadat Konvokesyen?

Graduan antarabangsa yang berstatus tamat pengajian/ konvokesyen dan juga telah tamat tempoh pas pelajar perlu membuat permohonan pas lawatan sosial ke Malaysia melalui sistem Jabatan Imigresen Malaysia. Kelulusan adalah tertakluk kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan keperluan SOP negara masing-masing.


11




Adakah graduan dibenarkan memohon menangguhkan sesi Istiadat Konvokesyen yang ditetapkan pada kali ini ke sesi Istiadat Konvokesyen yang seterusnya?

TIDAK DIBENARKAN.

   
Semasa Istiadat Konvokesyen
 
1



 
Adakah saya dibenarkan membawa jambangan bunga atau hadiah masuk ke Dewan Tuanku Canselor?

TIDAK. Para graduan TIDAK DIBENARKAN membawa sebarang jenis hadiah/ cenderamata seperti jambangan bunga, patung beruang dan lain-lain masuk ke dalam Dewan Tuanku Canselor.

 2





Adakah graduan/ ibu bapa/ keluarga/ tetamu perlu memakai pelitup muka semasa berada di Dewan Tuanku Canselor ketika Istiadat Konvokesyen berlangsung?

Pemakaian pelitup muka adalah TIDAK DIPERLUKAN sepanjang tempoh Istiadat Konvokesyen berlangsung. Bagi graduan yang bergejala, graduan tersebut dibenarkan untuk memakai pelitup muka namun diminta untuk MENANGGALKAN pelitup muka sewaktu naik ke atas pentas untuk menerima album sijil.

 
3




Bolehkan graduan bersalaman dengan Tuanku Canselor/ Pro Canselor/ Naib Canselor selepas mengambil album sijil di atas pentas?

TIDAK BOLEH. Graduan tidak dibenarkan untuk bersalaman dengan Tuanku Canselor / Pro Canselor / Naib Canselor dan tetamu kenamaan di atas pentas sebelum, semasa dan selepas mengambil album sijil.

   
Selepas Istiadat Konvokesyen

 1




Bolehkah graduan dan rakan-rakan bergambar di dalam dan di luar Dewan Tuanku Canselor selepas sidang graduan tamat?

Graduan TIDAK DIBENARKAN bergambar di dalam dan di luar Dewan Tuanku Canselor selepas sidang graduan tamat bagi memberi laluan kepada para petugas mempersiapkan dewan bagi sidang seterusnya.


2



Adakah graduan dan rakan-rakan dibenarkan untuk bergambar di sekitar UMK Bachok selepas Istiadat Konvokesyen selesai?

DIBENARKAN, walaubagaimanapun para graduan/ ibu bapa/ tetamu diminta untuk mematuhi arahan daripada petugas/ pegawai keselamatan yang bertugas.


3




Adakah graduan boleh memulangkan jubah menggunakan perkhidmatan pos/ kurier?

TIDAK BOLEH. Pemulangan jubah menggunakan perkhidmatan pos/ kurier adalah TIDAK DIBENARKAN bagi mengelakkan berlaku kehilangan/kerosakan jubah.  Walau bagaimanpun graduan boleh meminta wakil untuk memulangkan jubah.


4


Bagaimana dan bilakah graduan boleh mengambil sijil dan transkrip?

Skrol dan transkrip boleh diambil selepas graduan memulangkan jubah konvokesyen masing-masing dalam keadaan baik.

(1 Vote)