Pendaftaran Graduan

PENDAFTARAN

  1. Istiadat Konvokesyen akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan sebagaimana yang tercatat di dalam Surat Jemputan Graduan.

  2. Universiti berhak menahan atau melarang graduan yang tidak mendaftar daripada menyertai Istiadat Konvokesyen ini.

  3. Bagi melancarkan proses, Surat Jemputan Graduan hendaklah dibawa semasa mengambil pakaian konvokesyen.

  4. Graduan yang hadir lewat atau tidak memenuhi peraturan berpakaian semasa pendaftaran tidak akan dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen ini.

  5. Graduan diminta menghormati istiadat yang sedang berlangsung dengan tidak membuat bising atau sesuatu yang boleh mengganggu keharmonian istiadat.

  6. Graduan adalah dinasihatkan tidak membawa masuk barang-barang persendirian seperti beg, kamera, telefon bimbit, jambangan bunga, atau sebagainya ke dalam Dewan Konvokesyen.

  7. Graduan kurang upaya (mengandung, cacat atau kemalangan) yang memerlukan bantuan peralatan seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Universiti atau kepada staf bertugas semasa hari raptai.

  8. Graduan dilarang meninggalkan dewan semasa istiadat sedang berlangsung.

  9. KUASA UNIVERSITI: Graduan hendaklah mematuhi peraturan dan syarat yang dinyatakan di atas bagi membolehkan penyertaan ke Istiadat Konvokesyen ini.
(8 Votes)