SKPG@UMK

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN UMK

  1. Kementerian Pengajian Tinggi menjalankan Kajian Pengesanan Graduan melalui pengisian maklumat di dalam Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) sebagai satu usaha meningkatkan tahap jaminan kualiti perkhidmatan serta sistem pendidikan tinggi Negara.

  2. Sehubungan dengan itu, semua Graduan diminta mengisi borang kajian SKPG 1.0 dan SKPG 2.0 menerusi platfom sehenti graduan iaitu portal GREaT; https://graduan.mohe.gov.my/SKPG2023/

  3. Graduan yang telah mengisi borang kajian tersebut perlulah mencetak slip pengesahan dan menyerahkannya kepada urus setia sebelum mengambil pakaian konvokesyen.

  4. Sekiranya graduan tidak mengisi borang kajian tersebut dengan lengkap, akan menyebabkan kelewatan dalam mendapatkan Sijil & Transkrip.

  5. Sistem Kajian Pengesanan Graduan IPTA boleh dicapai mulai sebulan sebelum tarikh Konvokesyen dan akan ditutup satu (1) minggu selepas tarikh Konvokesyen dan tertakluk kepada perubahan semasa.

  6. Sebarang pertanyaan mengenai Kajian Pengesanan Graduan, sila hubungi Urusetia SKPG di Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di talian 097797421 / 097797427 / 097797429 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

(2 Votes)