| Sebelum Istiadat Konvokesyen | |
| 1 |
Adakan Istiadat Konvokesyen UMK ke-15 akan diadakan secara fizikal? |
| 2 |
Adakah graduan dibenarkan menukar tarikh mengambil jubah? |
| 3 |
Adakah graduan perlu membayar wang cagaran (deposit) jubah? TIDAK PERLU. |
| 4 |
Bolehkah saya membeli jubah konvokesyen saya? BOLEH. Graduan hendaklah melengkapkan borang Pembelian Jubah Graduan Universiti Malaysia Kelantan. |
| 5 |
Adakah graduan dibenarkan untuk menukar jubah setelah pengesahan jubah telah dibuat? TIDAK DIBENARKAN. |
| 6 |
Adakah ibu bapa/ keluarga dibenarkan masuk ke Dewan Tuanku Canselor semasa Istiadat Konvokesyen? DIBENARKAN. Hanya dua (2) orang sahaja ahli keluarga boleh memasuki dewan Istiadat Konvokesyen dengan membawa kad jemputan yang diedarkan kepada para graduan. Ibu bapa/ keluarga hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan. |
| 7 |
Adakah ibu bapa/ keluarga boleh menyaksikan Istiadat Konvokesyen secara langsung? Ibu bapa /keluarga boleh mengikuti siaran langsung Istiadat Konvokesyen UMK ke-15 melalui media sosial FACEBOOK (FB) Live: Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi). |
| 8 |
Sekirannya saya mempunyai gejala demam, batuk atau selsema, adakan saya dibenarkan menghadiri Istiadat Konvokesyen? YA, graduan DIBENARKAN hadir pada majlis berkenaan walaupun bergejala. Walaubagaimanapun, bagi graduan (termasuk tetamu / keluarga) yang sah positif COVID-19 TIDAK DIBENARKAN hadir. |
|
|
Bolehkah saya memilih tarikh sidang sekiranya fakulti bersidang untuk dua (2) hari? TIDAK BOLEH. Fakulti yang mempunyai bilangan graduan melebihi kapasiti ruang Dewan Tuanku Canselor akan dipecahkan kepada dua (2) sidang. Graduan akan diberikan kad jemputan berdasarkan program. Graduan hendaklah hadir pada tarikh sidang fakulti yang tertera di dalam kad jemputan tersebut. |
10 |
Adakah graduan antarabangsa yang kini berada di luar negara boleh menghadiri Istiadat Konvokesyen? Graduan antarabangsa yang berstatus tamat pengajian/ konvokesyen dan juga telah tamat tempoh pas pelajar perlu membuat permohonan pas lawatan sosial ke Malaysia melalui sistem Jabatan Imigresen Malaysia. Kelulusan adalah tertakluk kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan keperluan SOP negara masing-masing. |
11 |
Adakah graduan dibenarkan memohon menangguhkan sesi Istiadat Konvokesyen yang ditetapkan pada kali ini ke sesi Istiadat Konvokesyen yang seterusnya? TIDAK DIBENARKAN. |
| Semasa Istiadat Konvokesyen | |
| 1 |
Adakah saya dibenarkan membawa jambangan bunga atau hadiah masuk ke Dewan Tuanku Canselor? TIDAK. Para graduan TIDAK DIBENARKAN membawa sebarang jenis hadiah / cenderamata seperti jambangan bunga, patung beruang dan lain-lain masuk ke dalam Dewan Tuanku Canselor. Sila rujuk Buku Panduan Graduan Istiadat Konvokesyen UMK ke-15 untuk maklumat lebih terperinci.TIDAK. Para graduan TIDAK DIBENARKAN membawa sebarang jenis hadiah / cenderamata seperti jambangan bunga, patung beruang dan lain-lain masuk ke dalam Dewan Tuanku Canselor. Sila rujuk Buku Panduan Graduan Istiadat Konvokesyen UMK ke-15 untuk maklumat lebih terperinci. |
| 2 |
Bolehkan graduan bersalaman dengan Tuanku Canselor/ Pro Canselor/ Naib Canselor selepas mengambil album sijil di atas pentas? TIDAK BOLEH. Graduan tidak dibenarkan untuk bersalaman dengan Tuanku Canselor / Pro Canselor / Naib Canselor dan tetamu kenamaan di atas pentas sebelum, semasa dan selepas mengambil album sijil. |
| Selepas Istiadat Konvokesyen | |
1 |
Bolehkah graduan dan rakan-rakan bergambar di dalam dan di luar Dewan Tuanku Canselor selepas sidang graduan tamat? Graduan TIDAK DIBENARKAN bergambar di dalam dan di luar Dewan Tuanku Canselor selepas sidang graduan tamat bagi memberi laluan kepada para petugas mempersiapkan dewan bagi sidang seterusnya. |
2 |
Adakah graduan dan rakan-rakan dibenarkan untuk bergambar di sekitar UMK Bachok selepas Istiadat Konvokesyen selesai? DIBENARKAN, walaubagaimanapun para graduan/ ibu bapa/ tetamu diminta untuk mematuhi arahan daripada petugas/ pegawai keselamatan yang bertugas. |
3 |
Adakah graduan boleh memulangkan jubah menggunakan perkhidmatan pos/ kurier? TIDAK BOLEH. Pemulangan jubah menggunakan perkhidmatan pos/ kurier adalah TIDAK DIBENARKAN bagi mengelakkan berlaku kehilangan/kerosakan jubah. Walau bagaimanapun graduan boleh meminta wakil untuk memulangkan jubah. |
4 |
Bagaimana dan bilakah graduan boleh mengambil sijil dan transkrip? Skrol dan transkrip boleh diambil selepas tamat majlis graduasi dan memulangkan jubah konvokesyen masing-masing dalam keadaan baik. |





