Urusan Sijil dan Transkrip

1) Pengambilan Sijil & Transkrip

  1. Graduan akan dimaklumkan mengenai pengambilan Sijil & Transkrip sebelum perarakan masuk ke dalam Dewan Konvokesyen. 
  2. Graduan boleh mengambil Sijil & Transkrip masing-masing pada tarikh, masa dan tempat sepertimana di Lampiran A(3) Buku Panduan Graduan Istiadat Konvokesyen UMK ke-15. 
  3. Selepas tarikh konvokesyen, Sijil & Transkrip boleh diambil di Pusat Pengurusan Akademik, Aras 2, Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok pada waktu pejabat (Ahad hingga Rabu 9:00 pagi hingga 4:00 petang dan Khamis 9:00 pagi hingga 1.00 tengah hari). (Rehat: 1.00 pm – 2.00 pm)


2) Kebenaran Wakil mengambil Sijil & Transkrip

  1. Kebenaran untuk wakil mengambil Sijil & Transkrip di Pusat Pengurusan Akademik, Aras 2, Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok.  Sila bawa dan kemukakan maklumat-maklumat seperti berikut:

    1. Borang UMK/B01.02.15/07/2024 - Borang Kebenaran Pengambilan Sijil dan Transkrip  Graduan oleh Wakil
    2. Salinan Kad Pengenalan / Pasport Graduan / Kad Pelajar
    3. Salinan Kad Pengenalan / Pasport Wakil  (Nota: ibu bapa, adik-beradik, staf dan pelajar UMK sahaja yang boleh menjadi Wakil)
    4. Salinan Resit Pembayaran Yuran Graduasi dan Alumni (Sekiranya masih belum membuat pembayaran sebelum istiadat konvokesyen)




3) Penghantaran Sijil & Transkrip melalui Pos

  1. Sijil & transkrip boleh dihantar melalui pos selepas majlis konvokesyen selesai dan setelah memenuhi perkara-perkara berikut:

    1. Mengisi Borang UMK/B01.02.15/06/2024 - Borang Kebenaran Mengepos Sijil & Transkrip dan membuat pembayaran caj pengeposan seperti jadual berikut:

       

      Perkara

      Semenanjung

      Sabah/Sarawak

      Sijil, Transkrip & Album Sijil

      RM20.00

      RM25.00

      Sijil & Transkrip Sahaja 

      RM10.00

      RM15.00



      b. Sila e-melkan Borang UMK/B01.02.15/06/2024 yang telah lengkap beserta lampiran resit pembayaran caj pengeposan ke alamat e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

4) Penahanan Sijil & Transkrip

  1. Sijil & transkrip AKAN DITAHAN sekiranya graduan masih :


    1. Tidak menjelaskan bayaran tunggakan sebarang yuran dan denda; atau 
    2. Belum memulangkan pakaian konvokesyen; atau
    3. Belum memulangkan buku-buku Perpustakaan; atau
    4. Belum memulangkan barang-barang atau alatan lain yang dipinjam dari mana-mana Fakulti / Jabatan / Bahagian / Unit di Universiti; atau
    5. Belum mengisi Borang Kajian Pengesanan Graduan.


      Nota: Sekiranya pembayaran atau penyerahan sudah dibuat, sila bawa resit pembayaran atau bukti serahan dan tuntutan sijil & transkrip boleh dibuat di Pusat Pengurusan Akademik, Aras 2, Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok.

       

  2. Sebarang pertanyaan mengenai Sijil & Transkrip, sila hubungi Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan, Pusat Pengurusan Akademik di talian 09-779 7614/ 7606 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  3. Sijil & Transkrip hanya dikeluarkan sekali sahaja oleh pihak Universiti.

 


 

(3 Votes)