PENGAMBILAN SIJIL DAN TRANSKRIP
- Graduan akan dimaklumkan mengenai pengambilan Sijil & Transkrip sebelum perarakan masuk ke dalam Dewan Konvokesyen.
- Graduan perlu menghantar salinan borang Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) sebelum mengambil Sijil dan Transkrip.
- Graduan boleh mengambil Sijil & Transkrip masing-masing pada tarikh, masa dan tempat sepertimana berikut:
Tarikh/ Masa |
Tempat |
23 - 25 November 2022 9.00 pg hingga 5.00 ptg |
Bilik Sijil & Transkrip (Bilik Seminar 3), Aras 2, Bangunan Kompleks Akademik, Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok |
Nota: Selepas pada tarikh ini graduan boleh datang berurusan di Pejabat Bahagian Pentadbiran Akademik, Aras 2, Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok.
WAKIL MENGAMBIL SIJIL DAN TRANSKRIP
Sila bawa bersama perkara-perkara seperti berikut:
- Borang Pengambilan dan Pemulangan Pakaian Konvokesyen (salinan pejabat).
- Kebenaran untuk wakil mengambil Sijil & Transkrip di Bahagian Pentadbiran Akademik, Aras 2, Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok dan kemukakan maklumat-maklumat seperti berikut:
- Borang UMK(K)001 - Kebenaran Wakil Mengambil Sijil & Transkrip Bagi Pihak
- Salinan Kad Pengenalan / MyKad / Pasport Graduan / Kad Pelajar.
- Salinan Kad Pengenalan / MyKad / Pasport Wakil (jika mewakilkan).
(Nota: ibu bapa, adik beradik, staf dan pelajar UMK sahaja)
- Borang Pengambilan dan Pemulangan Pakaian Konvokesyen (yang telah disahkan).
- Salinan Slip Bayaran Bank / Resit Rasmi Pembayaran Yuran Konvokesyen (Bagi Graduan yang mendaftar pengajian SEBELUM sesi 2014/2015 sahaja).
- Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan (jika diperlukan)
**Nota: Tanpa Borang UMK(K)001 dan maklumat seperti di atas, Sijil & Transkrip tidak akan diserahkan kepada wakil.
SIJIL DAN TRANSKRIP MELALUI POS
- Sijil & transkrip boleh dihantar melalui pos setelah memenuhi perkara-perkara berikut:
- Mengisi dan menghantar Borang Kebenaran Mengepos Sijil & Transkrip - Borang UMK(K)002 bersama-sama maklumat di Perkara 5(e)(i) kepada Bahagian Pentadbiran Akademik, Aras 3, Blok Akademik & Pentadbiran (BAP), UMK Bachok, selepas satu (1) minggu Istiadat Konvokesyen selesai.
- Caj pengeposan Sijil & Transkrip adalah seperti berikut:
RM20.00 - bagi Graduan yang tidak hadir ke Istiadat Konvokesyen
RM10.00 - bagi Graduan yang hadir ke Istiadat Konvokesyen.
PENAHANAN SIJIL DAN TRANSKRIP
Sijil & transkrip tidak akan diserahkan sekiranya graduan masih:
- Tidak menjelaskan bayaran Konvokesyen (bagi Graduan yang mendaftar pengajian SEBELUM sesi 2014/2015 sahaja); atau
- Belum memulangkan pakaian konvokesyen; atau
- Belum memulangkan buku-buku Perpustakaan; atau
- Belum memulangkan barang-barang atau alatan lain yang dipinjam dari mana-mana Fakulti / Jabatan / Bahagian / Unit di Universiti; atau
- Belum mengisi Borang Kajian Pengesanan Graduan.
Nota: Sekiranya pembayaran atau penyerahan sudah dibuat, sila bawa resit pembayaran atau bukti serahan.
SIJIL DAN TRANSKRIP HANYA DIKELUARKAN SEKALI SAHAJA OLEH PIHAK UNIVERSITI