MAJLIS RAPTAI
ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN KE-14
1. Majlis Raptai Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan Ke-14 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat sepertimana berikut:
Tarikh : 4 Mei 2025 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok
2. Semua graduan adalah diwajibkan untuk menghadiri raptai konvokesyen bagi membantu kelancaran Istiadat Konvokesyen yang diadakan.
3. Semua graduan hendaklah berpakaian kemas, sopan dan sesuai dengan majlis.
4. Graduan lelaki hendaklah berambut pendek/ tidak mencecah kolar baju.
5. Graduan adalah DILARANG memakai kemeja-T, seluar ‘jeans’ dan berselipar semasa raptai.