RAPTAI

  • Raptai diadakan pada tarikh, masa dan tempat sepertimana yang tercatat di dalam Surat Jemputan Graduan.
  • Semua graduan adalah diwajibkan untuk menghadiri raptai Istiadat Konvokesyen bagi membantu istiadat berlangsung dengan jayanya.
  • Semua graduan hendaklah berpakaian kemas dan sopan serta bersesuaian dengan istiadat. Graduan lelaki hendaklah berambut pendek / tidak mencecah kolar baju.
    Nota : Tukang gunting rambut disediakan jika rambut graduan tidak menepati syarat.
  • Graduan adalah DILARANG memakai seluar ‘jeans’, berbaju ‘T’ dan berselipar semasa raptai.

 

ISTIADAT KONVOKESYEN UMK Kali Ke-7

  • Istiadat akan diadakan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan sebagaimana yang tercatat di surat jemputan kepada graduan.


     Pendaftaran Konvokesyen
         i) Sesi, Tarikh, Masa dan Fakulti / Kod Program : 

 

ii) Maklumat yang perlu dibawa

 

• Surat Jemputan Graduan yang asal beserta salinan

• Kad pengenalan / MyKad / Pasport Graduan yang asal beserta salinan

• Salinan Slip Bayaran Konvokesyen / Resit Rasmi yang asal beserta salinan

 

iii) Syarat pendaftaran : 

Tanpa salinan Surat Jemputan Graduan / Kad Pengenalan / MyKad / Pasport, Graduan tidak dibenarkan mendaftar untuk menyertai Istiadat Konvokesyen ini.

 

 

  • Peringatan Sempena Istiada Konvokesyen


    • Universiti berhak menahan atau melarang graduan yang tidak mendaftar daripada menyertai majlis ini.

    • Surat jemputan graduan hendaklah dibawa semasa mengambil pakaian konvokesyen dan pendaftaran konvokesyen bagi melancarkan proses kedua-dua urusan.

    • Kad Giliran yang mengandungi nombor giliran/susunan barisan akan diberikan kepada graduan semasa pendaftaran konvokesyen bagi tujuan memudahkan graduan berbaris mengikut giliran. Sila ikut arahan yang diberikan oleh pegawai dan staf yang bertugas.

    • Perbarisan graduan bermula di luar dewan mengikut fakulti dan nombor giliran yang telah diberikan.

    • Graduan yang hadir lewat atau tidak memenuhi peraturan pakaian menghadiri istiadat konvokesyen semasa hari pendaftaran tidak akan dibenarkan menyertai majlis.

    • Graduan diminta menghormati istiadat semasa majlis sedang berlangsung dengan tidak membuat bising atau sesuatu yang boleh menganggu keharmonian majlis.

    • Graduan adalah dinasihatkan supaya tidak membawa masuk barang-barang persendirian seperti beg, kamera, alat kelui (Pager) atau sebagainya ke dalam Dewan Konvokesyen.

    • Graduan kurang upaya (mengandung, cacat atau kemalangan) yang memerlukan bantuan peralatan seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Universiti semasa mengemukakan Borang Pengesahan Kehadiran Konvokesyen atau memaklumkan kepada staf bertugas semasa hari raptai.

    • Graduan dilarang meninggalkan dewan semasa majlis sedang berlangsung.

    • Graduan diminta memaklumkan kepada ibu bapa/tetamu berpakaian kemas dan tertib yang bersesuaian untuk majlis rasmi.

    • KUASA UNIVERSITI: Graduan hendaklah mematuhi syarat dan peraturan yang dinyatakan di atas bagi membolehkan penyertaan ke Istiadat Konvokesyen ini.