OBJEKTIF PROGRAM

  • Menjadikan Pesta Konvokesyen & Kerjaya 2017 (PESKOJAYA’17) sebagai satu acara terulung untuk meraikan para graduan yang berjaya menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Kelantan dan mewujudkan suasana meriah semasa Majlis Konvokesyen sedang berlangsung.
  • Menampilkan imej Universiti Malaysia Kelantan sebagai satu platform utama untuk menjana minda dan sahsiah yang berteraskan ilmu selaras dengan pembangunan negara dan antarabangsa.
  • Mewujudkan ruangan perniagaan kepada peniaga-peniaga atau pengusaha, syarikat-syarikat dan badan-badan korporat untuk mempamer dan mempromosikan barangan serta perkhidmatan mereka kepada pengunjung-pengunjung yang hadir.

MISI
Menjadi sebuah organisasi yang mampu melatih dan melahirkan individu yang berketrampilan, fleksibel dan dinamik di samping mengembangkan bidang kemahiran berorganisasi agar manfaatnya dapat dirasai oleh semua warga UMK terutamanya.

PESKOJAYA – Pada tahun 2017, antara perbezaan pada kali ini, nama digabungkan daripada Pesta Konvokesyen dan Kerjaya menjadi PESKOJAYA digabungkan diantara Pesta Konvokesyen dan Kerjaya. “PESKO” adalah ringkasan pada nama pesta konvokesyen yang diadakan setiap tahun di UMK bagi meraikan para graduan manakala “JAYA” merujuk kepada pameran kerjaya dan walk in interview yang akan didakan khas kepda para graduandan alumni serta orang ramai. 

MAHASISWA PENGGERAK EVOLUSI SEJAGAT – (STUDENT EMPOWERMENT)- Peranan pelajar dan merupakan hasil program idea, gerak kerja pelajar dalam menyumbang kepada universiti dan praktikal daripada ilmu dan yang dipelajari di dalam kuliah serasa dengan atribut UMK sebagai Universiti Keusahawanan. Penasihat yang terdiri daripada staf HEPA, PHEK, PPIA, UMKEI dll sebagai pembimbing pelajar 

WAU BULAN – Wau bulan dipilih adalah sebagai simbolik Negeri Kelantan yang popular dengan permainan tradisonal dan mengekalkan keaslian dan budaya negeri Kelantan. Selain itu wau bulan juga dipilih kerana sifatnya yang boleh terbang tinggi dan berada megah diudara. Ini bagi menunjukkan yang Mahasiswa/i UMK bercita-cita tinggi dalam menggerak evolusi sejagat, malah Mahasiswa/i UMK juga ingin berada megah di alam keusahawanan. Kedudukan wau bulan yang senget ke kanan adalah bagi menunjukkan kedudukan UMK di Pantai Timur dan asal usul wau bulan yang popular di kawasan Pantai Timur. Selain itu pergerakan wau bulan ke kanan bagi menegaskan lagi yang Mahasiswa/i UMK inginkan kebaikan. Hal ini kerana dalam psikologi dan islam arah kanan merupakan menunjukkan kebaikan. Penggunaan warna merah dan emas pada wau bulan adalah sebagai pembawa warna kegemilangan PESKOJAYA.

MORTAR BOARDMortar Board sebagai simbolik kepada konvokesyen yang akan diadakan. Ia juga melambangkan Mahasiswa/i yang bakal bergelar graduan ke-7 Universiti Malaysia Kelantan. Kedudukan Mortar Board yang berada di atas aksara “P” bermaksud sebagai simbolik mahasiswa/i UMK yang akan menjadi ketua dalam menerajui perubahan dan kemajuan evolusi sejagat seterusnya merealisasi visi dan misi UMK. Mortar Board yang berada di atas perkataan “PESKO” melambangkan mahasiswa/i bakal diraikan dalam pesta konvokesyen ini.

SKROL – Skrol sebagai simbolik segulung ijazah yang bakal diterima mahasiswa/i yang bakal bergraduasi di dalam majlis konvokesyen. Ia juga sebagai simbol perlambangan kepada kemegahan atas pencapaian yang dikecapi oleh mahasiswa/i UMK. 

ANAK PANAH – Anak panah yang menunjukkan carta turun dan terus naik melambangkan satu titik usaha kelemahan mahasiswa/i yang sentiasa di perbaiki dan terus maju ke hadapan serta melambangkan kemajuan dan kejayaan yang akan di kecapi. Anak panah yang seakan-akan melambangkan “Soaring Upward’ membri sedikit makna di mana Universiti Malaysia Kelantan mendokong hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu PENDIDIKAN TINGGI BERKUALITI, INSAN CEMERLANG, NEGARA SEJAHTERA.

UMK – Lambang UMK merupakan nama singkatan daripada Universiti Malaysia Kelantan dan warna-warna yang diterapkan merupakan warna rasmi lambang UMK.


BUTIRAN PROGRAM
Rujuk Jadual Program Sepanjang PESKOJAYA ‘17    


LOKASI

  • Perkarangan Kolej Kediaman dan Padang UMK Kampus Kota

PENGLIBATAN

  • Mahasiswa dan mahasiswi, kakitangan dan staff Universiti Malaysia Kelantan.
  • Graduan-graduan lepasan Universiti Malaysia Kelantan
  • Masyarakat setempat dan masyarakat luar
  • Badan-badan agensi kerajaan dan bukan kerajaan
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta, Sekolah sekitar Kelantan
  • Pihak Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak swasta 


PERASMIAN PEMBUKAAN

  • Majlis Perasmian PESKOJAYA ‘17   akan diadakan pada 7 Oktober 2017 (Sabtu) di Pentas Utama PESKOJAYA ’17, Perkarangan Kolej Kediaman UMK Kampus Kota.





PERASMIAN PENUTUP

  • Majlis Perasmian Penutup PESKOJAYA ‘17   akan diadakan pada 12 Oktober 2017 (Khamis) di Pentas Utama PESKOJAYA ’17, Perkarangan Kolej Kediaman UMK Kampus Kota.