PERATURAN PAKAIAN

Pakaian dan Penampilan Graduan Lelaki

  • Graduan lelaki diwajibkan memakai ‘Lounge Suit’ berwarna hitam dan bertali leher hitam; ATAU Baju Melayu Cekak Musang berwarna hitam, berbutang lengkap, bersampin hitam dan stoking serta kasut berwarna hitam keseluruhannya (termasuk tapak kasut).

 

  • Definisi ‘Lounge Suit’ ialah Kot / Blazer berwarna hitam, kemeja lengan panjang berwarna putih, seluar panjang berwarna hitam, tali leher berwarna hitam dan stoking serta kasut berwarna hitam keseluruhannya (termasuk tapak kasut).
  • Graduan lelaki yang beragama Sikh dibenarkan memakai turban berwarna hitam sahaja.
  • Jubah dan ‘Bonnet / Mortarboard / Hood’ akan disediakan secara pinjaman oleh Universiti.
  • Graduan lelaki adalah dilarang / tidak dibenarkan:
  • Memakai tali bow (Bow Tie)
  • Memakai subang telinga dan gelang tangan
  • Mewarnakan rambut
  • Berambut panjang sehingga mencecah kolar baju
  • Memakai ‘sandle’ atau kasut sukan
  • Memakai seluar singkat


Pakaian dan Penampilan Graduan Wanita

  • Graduan wanita diwajibkan memakai BAJU KURUNG atau PAKAIAN LABUH yang bersesuaian, tidak ketat dan memudahkan pergerakanPilihan warna adalah BEBAS (kecuali seperti yang dinyatakan dibawah).  Kadar labuh kain ialah sehingga ke bahagian buku lali (ankle) dan tidak berbelah di kiri, kanan, depan atau belakang.  Baju hendaklah tertutup hingga ke pangkal leher di bahagian hadapan dan belakang serta berlengan panjang hingga ke pergelangan tangan.

 

  • Graduan wanita diwajibkan memakai kasut berwarna hitam keseluruhannya termasuk tapak, bertutup penuh dari bahagian hadapan kaki hingga ke tumit kaki (cover shoes).
  • Jubah dan ‘Bonnet / Mortarboard / Hood’ akan disediakan secara pinjaman oleh Universiti.
  • Graduan wanita adalah dilarang / tidak dibenarkan:
  • Mewarnakan rambut
  • Memakai pakaian yang menutup muka
  • Memakai pakaian berwarna Biru DiRaja, Kuning DiRaja, Putih Sedondon atau Sedondon (dari
    jenis kain songket)
  • Memakai kain yang singkat / nipis / jarang
  • Memakai pakaian berbentuk seluar
  • Memakai selipar atau ‘sandle’ atau kasut sukan

PARA GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN DAN PENAMPILAN YANG DITETAPKAN, PIHAK JAWATANKUASA PARA LULUSAN MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN.

Contoh Penampilan Diri Graduan Lelaki

 

 

 

Contoh Penampilan Diri Graduan Perempuan

 

 

CONTOH KASUT SARUNG BERTUTUP PENUH LELAKI DAN WANITA

 

 

TATACARA RAMBUT LELAKI SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

 

 

 

 

 

GRADUAN LELAKI  TIDAK DIBENARKAN
Memakai tali bow (Bow Tie)

Memakai subang telinga dan gelang tangan

   
Mewarnakan rambut
Berambut panjang (mencecah kolar baju)
   
Memakai ‘sandle’ atau kasut sukan
Memakai seluar singkat
   

 

 

 

 
GRADUAN PEREMPUAN  TIDAK DIBENARKAN
Mewarnakan rambut

Memakai pakaian yang menutup muka

   

Memakai pakaian berwarna seperti berikut:

Biru DiRaja, Kuning DiRaja & Putih Sedondon (dari jenis kain songket)
Memakai “slipes” atau kasut sukan
   
Memakai kain singkat