a) Pengambilan Ijazah

i) Graduan akan dimaklumkan mengenai pengambilan ijazah sebelum perarakan masuk ke dalam Dewan Konvokesyen.

ii) Graduan boleh mengambilan Ijazah masing-masing di Bahagian Pentadbiran Akademik, Aras 3, Blok Akademik & Pentadbiran (BAP), UMK Kampus Bachok. Sila bawa bersama perkara-perkara seperti berikut :

• Set Pakaian Konvokesyen UMK
• Borang Semakan Pemulangan Pakaian Konvokesyen.
• Kad Pengenalan/MyKad/Pasport
• Slip Bayaran Bank/Resit Rasmi Pembayaran Yuran Konvokesyen (jika diperlukan)
• Slip Bayaran Yuran Tertunggak (jika diperlukan)
• Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan (jika diperlukan)

iii) Kebenaran untuk wakil mengambil Ijazah di Bahagian Pentadbiran Akademik, Aras 3, Blok Akademik & Pentadbiran (BAP), UMK Kampus Bachok. Sila bawa dan kemukakan maklumat-maklumat seperti berikut :

• Borang UMK(K)001 - Kebenaran Wakil Mengambil Ijazah Bagi Pihak Graduan
• Salinan Kad Pengenalan/MyKad/Pasport Graduan
• Salinan Kad Pengenalan/MyKad/Pasport Wakil
• Set Pakaian Konvokesyen UMK
• Borang Semakan Pemulangan Pakaian Konvokesyen.
• Slip Bayaran Bank/Resit Rasmi Pembayaran Yuran Konvokesyen (jika diperlukan)
• Slip Bayaran Yuran Tertunggak (jika diperlukan)
• Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan (jika diperlukan)

** Nota : Tanpa Borang UMK(K)001 dan maklumat seperti di atas, Ijazah tidak akan diserahkan kepada wakil.

iv) Ijazah boleh dihantar melalui pos setelah memenuhi perkara-perkara berikut :

• Mengisi dan menghantar Borang Kebenaran Mengepos Ijazah - Borang UMK(K)002 bersama-sama maklumat di Perkara 4(e)(i) kepada Bahagian Pentadbiran Akademik, Aras 3, Blok Akademik & Pentadbiran (BAP), UMK Kampus Bachok, selepas satu (1) minggu Istiadat Konvokesyen selesai.

b) Penahanan Ijazah

Ijazah tidak akan diserahkan sekiranya Graduan masih :

• Tidak menjelaskan bayaran Konvokesyen; atau
• Belum memulangkan pakaian Konvokesyen; atau
• Belum menjelaskan yuran pengajian atau sebarang tunggakan/denda dengan pihak Universiti; atau
• Belum memulangkan buku-buku Perpustakaan; atau
• Belum memulangkan barang-barang atau alatan lain yang dipinjam dari mana- mana Fakulti/Jabatan/Bahagian/Unit di Universiti; atau
• Belum mengisi Borang Kajian Pengesanan Graduan.

Nota : Sekiranya pembayaran atau penyerahan sudah dibuat, sila bawa resit pembayaran atau bukti serahan.

c) Pihak Universiti hanya mengeluarkan Ijazah sekali sahaja.