• Setiap Graduan akan diberi dua (2) keping kad masuk untuk dua (2) orang ibu bapa / tetamu.  Kad masuk akan diserahkan pada hari pengambilan pakaian konvokesyen.

 

  • Ibu bapa / tetamu yang tidak membawa kad masuk, tidak akan dibenarkan masuk ke dalam Dewan Konvokesyen.
  • Ibu bapa / tetamu adalah diminta supaya mengambil tempat duduk di dalam Dewan Konvokesyen seperti maklumat berikut :-

 

*     sebelum jam 8.00 pagi untuk sidang pertama, ke-2, ke-5 dan ke-8
*     sebelum jam 11.00 pagi untuk sidang ke-3, ke-6 dan ke-9
*     sebelum jam 2.00 petang untuk sidang ke-4, ke-7 dan ke-10.

  • Ibu bapa / tetamu adalah dinasihatkan supaya bersarapan pagi (bagi sesi pagi) dan makan tengahari (bagi sesi petang) terlebih dahulu sebelum memasuki dewan.  Istiadat Konvokesyen dijangka akan mengambil masa yang agak lama untuk selesai.

 

  • Ibu bapa / tetamu hendaklah berpakaian rasmi seperti berikut :
  • Pakaian tetamu lelaki
  • Baju Kebangsaan, atau
  • Baju Batik, atau
  • ‘Lounge Suit’, atau
  • Pakaian rasmi yang sesuai.

 

Nota : tidak dibenarkan memakai seluar ‘jeans’ dan berbaju-T.

  • Pakaian tetamu wanita
  • Baju Kebangsaan, atau
  • Pakaian rasmi, atau
  • Pakaian sopan.

 

Nota : tidak dibenarkan memakai gaun atau skirt yang pendek (tidak             melebihi paras lutut), ‘blouse’ tanpa lengan, berseluar    ‘jeans’ dan      berbaju-T.

  • Ibu bapa / tetamu diminta untuk menghormati istiadat yang sedang berlangsung dengan tidak membuat bising atau menganggu keharmonian istiadat.  Ibu bapa / tetamu juga dilarang meninggalkan dewan semasa Istiadat Konvokesyen sedang berlangsung.
  • Tetamu yang berumur di bawah 12 tahun adalah tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan Konvokesyen.