a) *Pengesahan kehadiran graduan hendaklah dibuat secara atas talian di http://egraduasi.umk.edu.my . Tarikh tutup untuk pengesahan kehadiran adalah sebelum atau pada 05 Oktober 2017.

b) Graduan yang tidak menghadiri Istiadat Konvokesyen akan dikenakan kadar bayaran yuran yang sama seperti graduan lain.  Slip Bayaran Bank / Resit Rasmi mesti diserahkan semasa hendak mengambil Ijazah masing-masing.

c) Bayaran Konvokesyen hendaklah dibuat atas nama ‘UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN’, No. Akaun : 03036010016919 di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dengan menggunakan Slip Deposit Tunai / Deposit Cek / Pembayaran Bil. 

Sekiranya kemudahan Bank Islam Malaysia Berhad tiada/sukar diperolehi, pelajar boleh membuat bayaran melalui Bank Draf/Kiriman Wang atas nama ‘UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN’.  Bank Draf/Kiriman Wang tersebut hendaklah diserah/dihantar/diposkan kepada pihak Universiti dengan menggunakan alamat seperti berikut :-

Bahagian Terimaan dan Kewangan Pelajar
Pejabat Bendahari
Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 36
Kampus Kota
16100 Pengkalan Chepa
NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

 Nota : i. Setiap pembayaran hendaklah dibuktikan dengan Resit Rasmi. 

        ii.     Sila bawa Slip Bayaran Bank/Resit Rasmi semasa mengambil pakaian Konvokesyen.

 

Jika terdapat masalah pembayaran, sila hubungi pihak Universiti (Bahagian Terimaan dan Kewangan Pelajar) di talian 09-7717105/7116/7194.

Kadar bayaran yuran konvokesyen adalah sepertimana berikut :

Peringkat Pengajian
Kadar Yuran (RM)
Sarjana Muda
220.00
Master /PhD
270.00