a) Kementerian Pengajian Tinggi menjalankan Kajian Pengesanan Graduan sebagai satu usaha meningkatkan tahap jaminan kualiti perkhidmatan serta sistem pendidikan tinggi Negara. Sehubungan dengan itu, semua Graduan diminta mengisi borang kajian tersebut secara on-line di http://graduan.mohe.gov.my

b) Graduan yang telah mengisi borang kajian tersebut perlulah mencetak slip pengesahan dan diserahkan semasa pengambilan pakaian Konvokesyen.

c) Bagi Graduan yang tidak menghadiri Istiadat Konvokesyen dan memohon supaya Ijazah diposkan, slip pengesahan perlu dihantar bersama-sama Borang UMK(K)002 dan jika Graduan memohon wakil untuk mengambil Ijazah, slip pengesahan tersebut juga perlu disertakan bersama-sama Borang UMK(K)001.

d) Ijazah akan ditahan sekiranya Graduan tidak mengisi borang kajian tersebut dengan lengkap (tertakluk kepada pindaan).

e) Sistem Kajian Pengesanan Graduan IPTA boleh dicapai mulai sebulan sebelum  dan  akan ditutup satu (1) minggu selepas tarikh Konvokesyen.

f) Sebarang pertanyaan mengenai Kajian Pengesanan Graduan, sila hubungi Pn Wan Nurshahidatul Fatihah binti Wan Lamli di Pejabat Hal Ehwal Pelajar melalui talian 09-7797421 atau email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..