GARIS PANDUAN PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN SIJIL DAN TRANSKRIP SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN
GUIDE LINE FOR APPLICATION TO OBTAIN THE DEGREE CERTIFICATE AND ACADEMIC TRANSCRIPT BEFORE THE CONVOCATION CEREMONY


1.0 Mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pentadbiran dengan menggunakan Borang Permohonan yang dilampirkan.
(Students will have to submit the application to the Administration Academic Division by filling in the application form as enclosed).

2.0 Sijil dan transkrip akademik akan disediakan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima dengan syarat pemohon telah diperakukan lulus oleh Senat Universiti dan graduan menghantar slip Kajian Pengesanan Graduan.
(The certificate will be prepared within 14 days after the acceptance of the application with the condition that the applicant’s graduation has been approved by the Senate of the University and the applicant has submitted the Online Graduate Tracer Study Slip).

3.0 Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan menyertakan dokumen di atas.
(All application forms are to be completed with all required documents enclosed).

4.0 Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat di atas, tidak akan diproses
(Incomplete application forms which do not meet the above conditions will not be processed).

5.0 Kos Penghantaran adalah seperti berikut (Delivery costs are as follows):
a. Dalam Malaysia sebanyak RM 25.00 (within Malaysia RM 25.00)
b. Luar Malaysia sebanyak RM 150.00 (outside Malaysia RM 150.00)
** Pembayaran melalui transaksi atas talian dibuat atas nama Bendahari Universiti Malaysia Kelantan ,
No. Akaun: 03036010096919 (Bank Islam Malaysia Berhad), Swift Code: BIMBMYKL.
(**Payment shall be made via online banking to Bendahari Universiti Malaysia Kelantan, Account Number: 03036010096919 (Bank Islam Malaysia Berhad), Swift Code: BIMBMYKL.

Sila emel atau sertakan bukti pembayaran bersama permohonan ini ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
Pembayaran tunai melalui Mesin Deposit Tunai atau kaunter bank adalah tidak dibenarkan.
Please enclose the proof of payment with this application to This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.). Cash payment through Cash Deposit Machine and bank counter are not allowed.

6.0 Pelajar yang telah mengambil skrol awal dan kemudian ingin hadir ke Istiadat Konvokesyen akan
dikenakan caj seperti berikut:
(Students who have collected their degree certificate before convocation but wish to attend the convocation ceremony will be subject to the following charges:)

a. Cagaran jubah, hood dan topi graduan RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus), bayaran ini akan dikembalikan semula selepas ubah, hood dan topi graduan dipulangkan kepdaa Universiti dalam keadaan yang baik sebagaimana semasa pengambilan.
(Deposits of RM500.00 (Malaysian Ringgit five hundred) for the gown, hood and mortar board which will be refunded upon the return of gown, hood and mortar board to the University in good condition as it was previously presented.)

 

‘Graduation-in-Council’ atau GIC adalah polisi penyerahan sijil dan transkrip akademik kepada bakal graduan bagi tahun 2020 selepas kelulusan pengijazahan oleh Senat.

 

Subcategories