BIRU, JINGGA DAN MERAH WARNANYA
SEMANGAT SUMPAH SETIA
INOVASI INTEGRITI
ILMU DI TEROKAI


WARISAN BUDAYA SUMBER ASLI
KEUSAHAWANAN TERAS KAMI
KEKAYAAN AKAL DAN BUDI
MENDIDIK INSAN YANG SEJATI


MERINTIS PERUBAHAN TERKINI
DEMI MU YANG MAHA PENCIPTA
MEREALISASI MIMPI MENJADI REALITI
DEMI NEGARA YANG TERCINTA


RELEVAN UNIK DAN BERBEZA
MENJANA PERADABAN BANGSA
JANJI KAMI PADA SEMUA
TABURI JASA DI MANA JUA


UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
TERBILANG UMK!

 

 

Gubahan Lagu: Ariffin bin Pawanchik
Lirik: Marwan bin Ismail

DETIK INI KU RAIKAN
KENANGAN TERINDAH DALAM PERJALANAN
HANYA SATU PERMULAAN
DALAM MENGHARUNGI ONAK KEHIDUPAN


DETIK INI KU BERJANJI
AGAR DITUNAIKAN IKRAR YANG DIBERI
KU TERIMA WATIKAH INI
DENGAN RASA SYUKUR DAN RENDAH DIRI


KAMI PUTRA DAN PUTRI MU
TEKAD TABAH TEGUH BERSATU DEMI UNTUK MU
KAMI MENGMUDI BANGSA
WALAU KE HUJUNG DUNIA CEKAL BERJUANG BERSAMA


TERIMA KASIH AYAH IBU
CENDIKIAWAN ADIGURU
BUDI KASIH TAK TERPERI
JASA ILMU YANG ABADI

 

 

Lagu: Raja Iskandar bin Raja Halid
Lirik: Raja Iskandar bin Raja Halid/ Hairul Anuar bin Harun

Subcategories