- *Pengesahan kehadiran graduan hendaklah dibuat secara atas talian di http://egraduasi.umk.edu.my . Tarikh tutup untuk pengesahan kehadiran adalah sebelum atau pada 16 Oktober 2019.
- Graduan yang tidak menghadiri Istiadat Konvokesyen akan dikenakan kadar bayaran yuran yang sama seperti graduan lain. Slip Bayaran Bank / Resit Rasmi mesti diserahkan semasa hendak mengambil Sijil & Transkrip masing-masing. Kadar bayaran yuran Konvokesyen adalah seperti berikut :.
Peringkat Pengajian |
Kadar Yuran (RM) |
Catatan |
Sarjana / Doktor Falsafah |
270.00 |
|
Sarjana Muda |
220.00 |
Bagi Graduan yang mendaftar pengajian SEBELUM sesi 2014/2015 sahaja |
- Bayaran Konvokesyen hendaklah dibuat atas nama ‘UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN’, No. Akaun : 03036010016919 di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dengan menggunakan Slip Deposit Tunai / Deposit Cek / Pembayaran Bil.
- Sekiranya kemudahan Bank Islam Malaysia Berhad tiada/sukar diperolehi, pelajar boleh membuat bayaran melalui Bank Draf/Kiriman Wang atas nama ‘UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN’. Bank Draf/Kiriman Wang tersebut hendaklah diserah/dihantar/diposkan kepada pihak Universiti dengan menggunakan alamat seperti berikut:-
Bahagian Terimaan dan Kewangan Pelajar
Pejabat Bendahari
Universiti Malaysia Kelantan
Aras 1 Bahagian Canselori
16300 Bachok
NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
- Nota :
- Setiap pembayaran hendaklah dibuktikan dengan Resit Rasmi.
- Sila bawa Slip Bayaran Bank/Resit Rasmi semasa mengambil pakaian Konvokesyen.
- Jika terdapat sebarang masalah mengenai urusan pembayaran, sila hubungi Bahagian Terimaan dan Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari melalui talian telefon seperti :
UMK Kampus Kota : 09-771 7111
UMK Bachok : 09-779 7657
UMK Kampus Jeli : 09-947 7289