RAPTAI
- Raptai akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat sepertimana yang tercatat di dalam Surat Jemputan Graduan.
- Semua Graduan adalah diwajibkan untuk menghadiri raptai Istiadat Konvokesyen bagi membantu kelancaran Istiadat Konvokesyen yang diadakan.
- Semua Graduan hendaklah berpakaian kemas dan sopan serta bersesuaian dengan istiadat.
- Graduan lelaki hendaklah berambut pendek / tidak mencecah kolar baju.
- Graduan adalah DILARANG memakai seluar ‘jeans’, berbaju ‘T’ dan berselipar semasa raptai.
NOTA : Graduan yang tidak mematuhi peraturan dan syarat (c, d & e) yang dinyatakan di atas tidak akan dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen.
ISTIADAT KONVOKESYEN UMK Kali Ke-9
- Istiadat Konvokesyen akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan sebagaimana yang tercatat di dalam Surat Jemputan Graduan.
- Pendaftaran Konvokesyen
i) Tarikh, Sesi, Masa dan Fakulti / Kod Program :
TARIKH |
SIDANG |
MASA |
KOD PROGRAM |
FAKULTI/PUSAT |
19/10/2019 (Sabtu) |
Pertama |
7.30 pagi |
PHD |
PPS |
Sarjana |
PPS & MGSEB |
|||
SAL & SAR |
FKP |
|||
20/10/2019 (Ahad) |
Kedua |
7.30 pagi |
SAB & SAK |
FKP |
Ketiga |
1.30 petang |
SBT, SEB, SEH, SBH, SBL, SBP, SEG, SEL & SEN |
FBKT, FIAT & FSB |
|
21/10/2019 (Isnin) |
Keempat |
7.30 pagi |
SDV, SAH, SAP & SAW |
FPV & FHPK |
Kelima |
1.30 petang |
SCK & SCW |
FTKW |
ii) Syarat pendaftaran :
Hanya Graduan yang telah memakai pakaian konvokesyen dengan lengkap sahaja dibenarkan untuk mendaftar di Bilik Pendaftaran Graduan, Bangunan Kompleks Akademik, UMK Bachok.
- Universiti berhak menahan atau melarang Graduan yang tidak mendaftar daripada menyertai Istiadat Konvokesyen ini.
- Bagi melancarkan proses Surat Jemputan Graduan hendaklah dibawa semasa mengambil pakaian konvokesyen.
- Kad Giliran yang mengandungi nombor giliran / susunan barisan akan diberikan kepada Graduan semasa pendaftaran konvokesyen bagi memudahkan Graduan berbaris mengikut giliran (pastikan kad tidak dilipat atau digulung). Sila ikut arahan yang diberikan oleh pegawai dan staf yang bertugas.
- Perbarisan Graduan bermula di luar dewan mengikut fakulti dan nombor giliran yang telah diberikan.
- Graduan yang hadir lewat atau tidak memenuhi peraturan berpakaian semasa pendaftaran tidak akan dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen ini.
- Graduan diminta menghormati istiadat yang sedang berlangsung dengan tidak membuat bising atau sesuatu yang boleh menganggu keharmonian istiadat.
- Graduan adalah dinasihatkan supaya tidak membawa masuk barang-barang persendirian seperti beg, kamera, telefon bimbit atau sebagainya ke dalam Dewan Konvokesyen.
- Graduan kurang upaya (mengandung, cacat atau kemalangan) yang memerlukan bantuan peralatan seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Universiti atau kepada staf bertugas semasa hari raptai.
- Graduan dilarang meninggalkan dewan semasa istiadat sedang berlangsung.
- Graduan diminta memaklumkan kepada ibu bapa / tetamu supaya berpakaian kemas dan tertib yang bersesuaian untuk majlis rasmi.
KUASA UNIVERSITI : Graduan hendaklah mematuhi peraturan dan syarat yang dinyatakan di atas bagi membolehkan penyertaan ke Istiadat Konvokesyen ini. |