Graduan

  1. Graduan dilarang meninggalkan dewan semasa istiadat sedang berlangsung.
  2. Graduan adalah DILARANG memakai seluar ‘jeans’, berbaju ‘T’ dan berselipar semasa raptai.
  3. Semasa istiadat sedang berlangsung, Graduan adalah dilarang mengambil gambar di dalam Dewan Konvokesyen.
  4. Graduan lelaki adalah dilarang / tidak dibenarkan:
    1. Memakai tali bow (Bow Tie)
    2. Memakai subang telinga dan gelang tangan
    3. Mewarnakan rambut
    4. Berambut panjang sehingga mencecah kolar baju
    5. Memakai ‘sandle’ atau kasut sukan
    6. Memakai seluar singkat
  5. Graduan wanita adalah dilarang / tidak dibenarkan:
    1. Mewarnakan rambut
    2. Memakai pakaian yang menutup muka
    3. Memakai pakaian berwarna Biru DiRaja, Kuning DiRaja, Putih Sedondon atau Sedondon (darijenis kain songket)
    4. Memakai kain yang singkat / nipis / jarang
    5. Memakai pakaian berbentuk seluar
    6. Memakai selipar atau ‘sandle’ atau kasut sukan