Larangan Di Atas Pentas


ETIKA DI ATAS PENTAS

Ucapan hormat Graduan semasa menerima skrol, Setiap Graduan hendaklah menghadap dan mengucapkan:

Canselor – “Junjung Kasih Tuanku Canselor”
Pro-Canselor – “Junjung Kasih Tengku Pro-Canselor”
Lain-lain Penyampai Sijil – “Terima Kasih”

  • Larangan Di Atas Pentas
    • Graduan adalah DILARANG melakukan perkara-perkara berikut semasa di atas pentas:
    • Menundukkan badan secara melampau semasa tunduk hormat.
    • Berjabat tangan dengan Canselor/ Pro-Canselor/ lain-lain penyampai skrol / tetamu.
    • Melambai-lambaikan tangan kepada hadirin/ keluarga.
    • Menghayun folder sijil ketika berjalan di atas pentas atau ketika turun dari pentas.
    • Ber‘selfie’ dan lain-lain perbuatan yang boleh mengganggu keharmonian majlis.

 

  • PERINGATAN:
    Graduan adalah TIDAK DIBENARKAN untuk keluar dari dewan setelah menerima skrol sehingga pemakluman selesai Istiadat Konvokesyen sepenuhnya.