Senarai Semak

 Perkara yang dilakukan oleh Graduan sebelum menghadiri Istiadat Konvokesyen:

BIL

PERKARA

TINDAKAN

CATATAN

YA

TIDAK

1.

Telah menjawab Pengesahan Kehadiran Graduan ke Istiadat Konvokesyen secara atas talian http://egraduasi.umk.edu.my.

 

 

 

2.

Telah mengisi maklumat peminjaman jubah secara atas talian di menu Graduan http://mboard.umk.edu.my/erobe/ Sila login menggunakan no. matrik dan kata laluan no. kad pengenalan.

 

 

 

3.

Telah menjelaskan bayaran Konvokesyen melalui Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB BANK)/ Bank Draf/ Kiriman Wang sepertimana jumlah yang tercatat di dalam Surat Jemputan Graduan.  Sila bawa resit bayaran semasa mengambil pakaian konvokesyen.

 

 

Bagi Graduan yang mendaftar pengajian SEBELUM sesi 2014/ 2015, MGSEB dan PPS sahaja

4.

Telah menjelaskan segala yuran pengajian atau tunggakan dengan pihak Universiti.

 

 

 

5.

Telah memulangkan buku-buku Perpustakaan.

 

 

 

6.

Telah mengisi Borang Kajian Pengesanan Graduan secara atas talian dalam tempoh yang ditetapkan dan mengikut keperluan semasa http://graduan.mohe.gov.my.  Borang ini perlu dicetak dan dibawa semasa mengambil pakaian konvokesyen.

 

 

 

7.

Telah menyediakan pakaian untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen sepertimana yang ditetapkan.

 

 

 

8.

Telah memaklumkan kepada ibu bapa/ tetamu tatacara pakaian rasmi untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen sepertimana yang ditetapkan.

 

 

 

9.

Kad masuk untuk ibu bapa/ tetamu [2 (dua) orang] telah diterima, dibawa dan diserahkan kepada ibu bapa/ tetamu.

 

 

 

10.

Pelekat kenderaan telah diterima, dibawa dan dipamer di cermin hadapan kenderaan semasa menghadiri raptai dan Istiadat Konvokesyen.