Ibu Bapa / Tetamu dan Kad Masuk

    • Setiap graduan akan diberi dua (2) keping kad masuk untuk dua (2) orang ibu bapa/ tetamuKad masuk akan diserahkan pada hari pengambilan pakaian konvokesyen.
    • Ibu bapa/ tetamu yang tidak membawa kad masuk, tidak akan dibenarkan masuk ke dalam Dewan Konvokesyen.
    • Ibu bapa/ tetamu adalah diminta supaya mengambil tempat duduk di dalam Dewan Konvokesyen seperti maklumat berikut:
      • sebelum jam 8.00 pagi untuk Sidang Pertama, Kedua dan Keempat
      • sebelum jam 2.00 petang untuk Sidang Ketiga dan Kelima.

Nota: Ibu bapa/ tetamu adalah dinasihatkan supaya bersarapan pagi (bagi sesi pagi) dan makan tengahari (bagi sesi petang) terlebih dahulu sebelum memasuki dewan. Istiadat Konvokesyen dijangka akan mengambil masa yang agak lama untuk selesai.

    • Ibu bapa/ tetamu hendaklah berpakaian rasmi seperti berikut:
  • Pakaian tetamu lelaki
    • Baju Kebangsaan, atau
    • Baju Batik, atau
    • Lounge Suit, atau
    • Pakaian rasmi yang sesuai.

Nota: TIDAK DIBENARKAN memakai seluar jeans dan berbaju T-shirt.

  • Pakaian tetamu wanita
    • Baju Kebangsaan, atau
    • Pakaian rasmi, atau
    • Pakaian sopan.

Nota: TIDAK DIBENARKAN memakai gaun atau skirt yang pendek (melebihi paras lutut), blouse tanpa lengan, berseluar jeans dan berbaju T-shirt.

  • Ibu bapa/ tetamu diminta untuk menghormati istiadat yang sedang berlangsung dengan tidak membuat bising atau menganggu keharmonian istiadat. Ibu bapa/ tetamu juga dilarang meninggalkan dewan semasa Istiadat Konvokesyen sedang berlangsung.
  • Semasa istiadat sedang berlangsung, Graduan dan ibu bapa/ tetamu adalah dilarang mengambil gambar di dalam Dewan Konvokesyen. Graduan hendaklah memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa/ tetamu graduan.
  • Tetamu/ kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun adalah TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam Dewan Konvokesyen.