Pemakluman Tarikh Istiadat Konvokesyen UMK

KENYATAAN NAIB CANSELOR
PEMAKLUMAN TARIKH ISTIADAT KONVOKESYEN UMK
KALI KE-10 & KE-11 TAHUN 2021


Istiadat Konvokesyen UMK Kali Ke-10 dan Ke-11 akan berlangsung pada
20 hingga 25 November 2021 (Sabtu hingga Khamis) di Dewan Tuanku
Canselor UMK Bachok setelah mendapat perkenan daripada Tuanku
Canselor. Ini berikutan penangguhan Istiadat Konvokesyen Ke-10 pada
Oktober 2020 disebabkan penularan wabak COVID-19 serta pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di
seluruh negara.


UMK telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan sesi libat
urus bersama pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan
dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) bagi mendapatkan
pandangan dan cadangan berkaitan pelaksanaan dan pematuhan
penganjuran majlis ini. Pelaksanaan ini akan mematuhi sepenuhnya
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak MKN
dan akan mengutamakan keselamatan graduan.


Istiadat konvokesyen ini akan dilangsungkan secara hibrid iaitu secara
fizikal dan secara dalam talian. Konvokesyen pada kali ini juga akan
melahirkan seramai 3,907 orang graduan yang terdiri daripada Ijazah
Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda.


Para graduan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Istiadat
Konvokesyen ini menerusi Urusetia Konvokesyen UMK di talian 09-779
7605 /7619.

 
PROFESOR DR. NIK MAHERAN BINTI NIK MUHAMMAD
Menjalankan Fungsi Naib Canselor
10 OKTOBER 2021

(1 Vote)

admin_bpa