FAQ

SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN ISTIADAT KONVOKESYEN UMK

KALI KE-10 & KE-11 TAHUN 2021

 

SEBELUM MAJLIS

1.

Apakah maksud pelaksanaan Majlis Konvokesyen akan dijalankan secara hibrid?

Majlis Konvokesyen UMK Kali Ke- 10 & 11 akan dijalankan secara hibrid iaitu secara fizikal dan maya bagi semua sidang . Majlis akan dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan tertakluk kepada kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sekiranya tidak dapat menghadiri majlis secara fizikal pelajar boleh memilih untuk hadir secara maya. Berikut adalah definisi:

 a. KEHADIRAN SECARA FIZIKAL

     Pelajar yang boleh hadir secara fizikal, akan hadir ke UMK untuk istiadat secara  bersemuka.       

 b. KEHADIRAN SECARA MAYA

  •  Pelajar akan hadir secara maya melalui aplikasi zoom secara langsung semasa   sidang   fakulti masing-masing.
  •  Penggambaran graduan memakai jubah akan dibuat sebelum istiadat                 konvokesyen diadakan, secara janji temu di lokasi/ Zon yang akan ditetapkan   dan akan dipaparkan semasa istiadat berlangsung mengikut sidang fakulti masing-masing. (Tertakluk Kepada SOP MKN Dari Semasa Ke Semasa).

2.

Bagaimana graduan dari Sabah, Sarawak dan Kelantan yang memilih hadir secara maya tetapi sesi rakaman tidak dibuat di zon negeri tersebut? Jika tidak hadir adakah yuran graduasi dipulangkan?

 Graduan dari Sabah,Sarawak dan Kelantan  yang memilih hadir secara maya diberi pilihan untuk hadir istiadat konvokesyen secara fizikal. Sekiranya memilih tidak hadir  secara fizikal, yuran graduasi akan dipulangkan.

3.

Saya telah memilih untuk hadir secara maya ,bolehkah saya memilih untuk hadiri konvokesyen secara fizikal pada saat akhir?

TIDAK BOLEH.

4.

Adakah graduan antarabangsa yang telah mendapat vaksin sepenuhnya boleh hadir istiadat konvokesyen?

Graduan yang telah mendapat suntikan vaksin sepenuhnya akan dibenarkan menghadiri majlis konvokesyen dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara Malaysia (MKN) dan Jabatan Imigresen Malaysia. 

5.

Sekiranya saya  tidak memperolehi vaksin adakah saya masih boleh hadir ke konvokesyen secara fizikal ? 

Bagi mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara, hanya graduan yang telah lengkap divaksin dengan 2 dos dan telah mencapai tempoh lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan  masuk dan menghadiri Istiadat Konvokesyen.

6.

Sekiranya hadir secara maya adakah yuran graduasi akan dipulangkan?

TIDAK. Sekiranya graduan hadir secara maya, tiada pemulangan yuran graduasi kerana penggambaran graduan memakai jubah konvokesyen telah  dibuat sebelum istiadat diadakan mengikut zon/lokasi yang  ditetapkan.

7.

Adakah yuran graduasi dipulangkan jika saya tidak hadir sesi rakaman gambar?

Tiada pemulangan yuran graduasi. 

8.

Sekiranya saya membatalkan/tidak dapat hadir konvokesyen secara fizikal  pada hari konvokesyen dilaksanakan adakah saya akan memperolehi pulangan yuran konvokesyen? 

Graduan yang telah membuat pengesahan kehadiran secara fizikal tetapi tidak tidak hadir pada tarikh istiadat konvokesyen diadakan,yuran graduasi tidak akan dipulangkan.

9.

Yuran graduasi saya telah dibayar pada semester Akhir, adakah saya perlu membuat pembelian jubah konvokesyen?

TIDAK. Graduan tidak perlu membuat pembelian jubah konvokesyen bagi menghadiri Istiadat Konvokesyen secara fizikal atau maya. 

10.

Adakah graduan dibenarkan hadir sekiranya belum menjelaskan yuran graduasi?

Graduan perlu menjelaskan yuran graduasi dan denda (jika ada) sebelum hadir Istiadat Konvokesyen. Bagi graduan yang mendaftar pengajian sebelum sesi 2014/2015, graduan MGSEB dan graduan Pascsiswazah  perlu menjelaskan yuran graduasi sebelum dibenarkan hadir ke Istiadat Konvokesyen. Semakan boleh dibuat dengan Pejabat Bendahari .

11.

Saya adalah graduan tahun 2020, adakah saya akan berkonvokesyen bersama bakal graduan 2021?

YA. Graduan tahun 2020 akan diadakan bersekali dengan bakal graduan tahun 2021.

12.

Jika saya tidak dapat mengambil pakaian konvokesyen seperti yang dijadualkan, apakah yang perlu saya lakukan?

Graduan boleh meminta wakil untuk mengambil pakaian konvokesyen dengan mengisi Borang Kebenaran Wakil Mengambil Jubah bagi Pihak Graduan UMK. (Borang boleh dimuat turun dari laman web konvokesyen UMK).

Wakil boleh mengambil  DUA (2) pakaian sahaja (TERMASUK dirinya sendiri).

13.

Adakah graduan dibenarkan untuk meminjam jubah lebih awal dan memulangkan pada hari konvokesyen?

TIDAK DIBENARKAN. Graduan hanya dibenarkan mengambil jubah mengikut jadual yang akan dimaklumkan melalui laman web konvokesyen UMK https://konvo.umk.edu.my/. Atas faktor keselamatan dan pematuhan SOP Covid-19 yang telah ditetapkan oleh pihak MKN, jubah perlu dipulangkan pada hari yang sama selepas sidang graduan selesai. Untuk makluman tambahan, Sijil dan Transkrip Akademik hanya boleh diambil selepas jubah dipulangkan.

14.

 Adakah ibu bapa/ keluarga dibenarkan masuk ke Dewan Tuanku Canselor (DTC) semasa majlis konvokesyen?

TIDAK. Ibu bapa/ keluarga tidak dibenarkan masuk ke DTC semasa majlis konvokesyen. Ini berikutan kapasiti DTC yang tidak mampu untuk menampung keseluruhan graduan dan ibu bapa/keluarga dengan SOP yang dikeluarkan oleh MKN berkenaan penganjuran majlis. Hanya tiga (3) orang ahli keluarga termasuk graduan dibenarkan masuk ke kampus untuk menghantar graduan. 

15.

Bagaimanakah ibu bapa/keluarga boleh menyaksikan majlis konvokesyen yang sedang berlangsung?

Ibu bapa boleh mengikuti siaran langsung Istiadat Konvokesyen UMK Kali ke 10 & 11 melalui media sosial rasmi  UMK iaitu FACEBOOK (FB) Live UMK.

16.

Bagaimanakah saya hendak menentukan tahap kesihatan saya sebelum dibenarkan mengikuti majlis konvokesyen?

Semua graduan dan  pengiring perlu mengemaskini status kesihatan COVID 19  melalui sistem MySejahtera .Jika memenuhi syarat kehadiran, graduan dibenarkan untuk hadir  ke Istiadat Konvokesyen.

17.

Sekiranya saya mempunyai gejala demam, batuk atau selsema, adakah saya dibenarkan menghadiri Majlis Konvokesyen?

Tidak, graduan TIDAK DIBENARKAN hadir pada majlis berkenaan sekiranya bergejala.

18.

Sebagai graduan UMK, bolehkah saya membeli jubah graduan?

Boleh. Sila rujuk borang berkenaan di laman web konvokesyen UMK di https://konvo.umk.edu.my/index.php/maklumatgraduan/peraturan/pakaian-konvokesyen dan emelkan permohonan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

19.

Bolehkah saya menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke tahun yang seterusnya?

Graduan TIDAK DIBENARKAN menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke tahun yang seterusnya.

20.

Sekiranya saya tidak dapat hadir ke Istiadat Konvokesyen, adakah Sijil dan Transkrip Akademik boleh diposkan kepada saya?

Boleh. Sila rujuk garis panduan dan borang permohonan di laman web konvokesyen UMK di http:dan emelkan permohonan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

21.

Sekiranya saya ingin  hadir secara maya dari rumah  dan  tetapi tidak  mahu mengambil gambar memakai jubah?

Graduan yang memilih untuk hadir secara maya wajib hadir sesi rakaman gambar memakai jubah di zon negeri yang ditetapkan. Semua bakal graduan diwajibkan mengikuti semua tatacara Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-10 dan Ke-11 UMK secara fizikal dan secara Janji Temu termasuk mengambil foto rasmi  Konvokesyen. (di dalam dewan dan lokasi /zon yang akan ditetapkan).

22.

Adakah hari mengambil jubah sehari sebelum hari graduasi sebab kami kena bertolak awal dan memohon cuti yang  lebih panjang untuk hadir ke hari graduasi?

 Graduan dibenarkan mengambil jubah sebelum sidang fakulti berlangsung mengikut jadual yang telah ditetapkan.

23.

Adakah saya perlu membayar sewaan Jubah konvokesyen?

Sewaan jubah  telah dicaj di dalam yuran konvokesyen dan bakal graduan tidak perlu membuat apa-apa bayaran untuk mengambil jubah tersebut KECUALI graduan yang telah merosakkan atau menghilangkan jubah tersebut. Caj akan dikenakan mengikut kadar kerosakan dan bagi kes kehilangan graduan akan dicaj dengan kadar jualan jubah. Kadar ini boleh dirujuk di laman web Konvokesyen.

24.

Adakah ibu bapa dibenarkan mengambil gambar bersama graduan semasa konvokesyen secara fizikal atau secara janji temu  ? 

TIDAK. Gambar rasmi konvokesyen secara fizikal (di dalam dewan) atau secara maya (secara janji temu di lokasi) hanya melibatkan graduan sahaja.  

25.

Saya sudah terima vaksinasi penuh  adakah perlu  'print out' siji vaksinasi atau boleh guna sijil digital vaksinasi?

YA. Sijl digital atas talian perlu ditunjukkan kepada Pihak Keselamatan UMK di pintu masuk kampus jika diminta.

SEMASA MAJLIS

1.

 

 Adakah perarakan graduan masuk ke DTC akan dibuat sepertimana Istiadat Konvokesyen sebelum ini?

TIDAK. Graduan akan terus masuk ke DTC setelah selesai membuat saringan kesihatan dan  pendaftaran. Graduan dikehendaki mengekalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter semasa masuk ke dalam DTC dan WAJIB memakai pelitup muka sepanjang istiadat berlangsung.

2.

Sekiranya graduan hadir bersama ibu bapa/ keluarga, dimanakah ibu bapa/ keluarga graduan boleh ditempatkan sementara menunggu Istiadat Konvokesyen selesai?

Ibu bapa/keluarga graduan tidak dibenarkan berada di dalam kawasan universiti. Ibu bapa/keluarga  boleh mengunjungi  Pesta Konvokesyen UMK  yang diadakan di Pantai Irama Bachok dan juga tempat menarik di sekitar Bachok dan Kota Bharu.   Ibu bapa/ keluarga boleh menjemput graduan setelah selesai istiadat mengikut SOP Lalu lintas Bahagian Keselamatan UMK. 

 

3.

Adakah graduan perlu memakai pelitup muka semasa mengambil skrol daripada Tuanku Canselor/ Pro Canselor?

Ya , pelitup muka WAJIB dipakai sepanjang tempoh Istiadat Konvokesyen.

SELEPAS  MAJLIS

 

1.

 

 Bolehkah graduan bergambar Bersama rakan-rakan atau ibu bapa di dalam dan luar DTC selepas istiadat selesai?

Graduan tidak dibenarkan bergambar di dalam dan luar DTC selepas istiadat selesai. Graduan dikehendaki terus beredar dari DTC mengikut panduan daripada petugas supaya proses sanitasi DTC dapat dilakukan oleh pihak UMK.

2.

Bagaimana dan bila saya boleh mengambil Sijil Akademik?

Sijil dan Transkrip Akademik boleh diambil selepas graduan memulangkan jubah konvokesyen masing-masing dalam keadaan baik.

3.

Saya tidak dapat hadir majlis konvokesyen tersebut, adakah saya layak untuk menerima kad alumni?

Graduan UMK layak menerima Kad Alumni walaupun tidak dapat hadir majlis tersebut.

4.

Saya sudah ambil Sijil Akademik, transkrip rasmi dan surat tamat pengajian (dokumen rasmi konvokesyen) saya di BPA, adakah saya perlu mengambil Sijil Akademik lagi semasa mengambil gambar?

Bagi graduan yang telah mengambil dokumen rasmi tersebut, anda tidak lagi perlu mengambilnya di Kaunter penyerahan Sijil Akademik. Sijil yang digunakan semasa sesi fotografi adalah dummies seperti majlis konvokesyen sebelum ini. Sila ikut arahan petugas pada hari berkenaan.

5.

Bagaimanakah saya boleh dapatkan harga bagi pembelian jubah konvokesyen

Graduan boleh rujuk garis panduan pembelian pakaian konvokesyen dan borang berkenaan di laman web konvokesyen UMK di pautan berikut:

 https://konvo.umk.edu.my/index.php/konvo-hibrid/garis-panduan-permohonan-pembelian-pakaian-konvokesyen  dan emelkan permohonan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

6.

Adakah sesi fotografi disediakan oleh pihak UMK sama ada berbayar atau tidak? 

Tiada caj bayaran dikenakan bagi gambar  graduan yang hadir secara fizikal atau maya. Semua bakal graduan diwajibkan mengikuti semua tatacara Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-10 dan Ke-11 UMK secara fizikal dan secara Janji Temu termasuk mengambil foto rasmi  Konvokesyen di dalam dewan dan lokasi /zon yang akan ditetapkan.

7.

Bagaimanakah kaedah rakaman gambar graduan janji temu dibuat?

Graduan akan bergambar  seorang dengan memakai jubah sambil memegang folder ijazah (green screen).

8.

Bagaimana saya ingin mengetahui maklumat terkini Majlis Konvokesyen pada tahun 2021?

Semua maklumat akan dimuatnaik di laman web konvokesyen UMK di https://konvo.umk.edu.my/.  atau emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

9.

 Adakah saya akan mendapat pemulangan yuran graduasi sekiranya tidak hadir secara fizikal ke istiadat konvokesyen?

YA. Pemulangan yuran graduasi sebanyak RM250 akan dipulangkan kepada graduan yang tidak memilih hadir secara maya atau hadir secara fizikal ke Istiadat Konvokesyen. Pembayaran akan dibuat terus ke akaun graduan oleh pihak Bendahari UMK selepas Majlis Istiadat Konvokesyen UMK tamat. Jangkaan tempoh pembayaran adalah 14 hari bekerja selepas pengesahan dibuat oleh pihak BPA.

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

 

URUS SETIA
ISTIADAT KONVOKESYEN
BAHAGIAN PENTADBIRAN AKADEMIK
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Tel: 09- 779 7605/7619
Faks : 09-779 7002

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

 

 

 

 

(0 Votes)